Aplikasi Pengurusan Aktiviti Pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Keywords:
Pengurusan Aktiviti, Aplikasi Android,, Pelajar UTHMAbstract
Kebanyakan pelajar di Universiti Tun Hussein Malaysia Onn mempunyai kesukaran dalam merancang aktiviti harian dan menyiapkan tugasan yang harus disiapkan atas sebab faktor kekurangan dalam sistem perancangan yang baik. Oleh itu, sebuah sistem yang berasakan aplikasi dapat memudahkan pelajar untuk merancang aktiviti dan projek harian di Universiti Tun Hussein Onn serta mempunyai perisian yang dapat menjana laporan dan notifikasi yang membantu dalam meningkatkan kesedaran dan mempersiapkan pelajar untuk menyelesaikan tugasan. Sistem ini direka menggunakan model orientasi objek dan model prototaip yang digunakan merupakan model agile. Sistem ini dibangunkan menggunakan Visual Studio Code, bahasa pengaturcaraan Dart dan kepenggunaan firebase sebagai sistem pangkalan data. Implementasi Sistem pengurusan yang seperti Pengurusan Aktiviti Pelajar dapat digunakan secara optimum dan memberi manfaat kepada semua pengguna untuk memudahkan perancangan aktiviti dan tugasan yang diberikan.