Sistem Pengurusan Aset Berpelekat Kod QR Jbiotech Holdings Sdn Bhd - SPAQR
Keywords:
Sistem Pengurusan Aset, Sistem Berasaskan Web, Model Air Terjun, Pendekatan Berstruktur, Kod QRAbstract
Sistem Pengurusan Aset Berpelekat Kod QR adalah sebuah sistem berasaskan web yang menguruskan maklumat aset syarikat Jbiotech Holdings Sdn Bhd bagi meningkatkan mutu kualiti penjagaan maklumat aset. Sistem pengurusan aset Jbiotech Holdings Sdn Bhd direka khas mengikut aliran kerja pengurusan aset di syarikat tersebut dan ditambah fungsi pelekat Kod QR bagi membantu mengesan kembali aset-aset syarikat. Jbiotech Holdings Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pembangunan utama bagi anak syarikatnya dalam industri berasaskan bio di wilayah selatan. Syarikat ini menggunakan kaedah tradisional bagi menyimpan maklumat aset yang memerlukan banyak kertas diguna pakai. Tambahan, kaedah tradisional ini juga memerlukan penjagaan yang rapi untuk memastikan sebarang kehilangan maklumat dan data penting aset terjamin. Selain itu, sesi audit dilaksanakan pada setiap tahun bagi membuat kira-kira untung rugi syarikat yang melibatkan maklumat aset. Oleh itu, kewujudan Sistem Pengurusan Aset Berpelekat Kod QR Jbiotech Sdn Bhd memberi impak yang positif terhadap pengurusan maklumat aset syarikat dan membantu menyelesaikan masalah pencarian maklumat aset yang sentiasa dikemaskini. Model metodologi yang dipilih dalam pembangunan projek ini ialah model air terjun. Sistem ini di realisasikan dengan mengguna Notepad++ dan pangkalan data jenis MySQL. Sistem ini diguna pakai oleh pihak pengurusan aset di syarikat Jbiotech Sdn Bhd melibat pegawai di syarikat tersebut untuk digunakan. mengurusankan maklumat aset. Hasil yang dijangka daripada pembangunan sistem ini ialah penyimpanan data aset lebih teratur, keselamatan data terjaga dan tempoh pencarian maklumat dapat disingkatkan.