AFIQAH FITS: Sistem Cadangan Fesyen Wanita berdasarkan pilihan pengguna

Authors

  • Nayli Huda Amnan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Noor Zuraidin Mohd Safar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Sistem Cadangan Fesyen Wanita, berasaskan web, pakaian jalanan

Abstract

Sistem Cadangan Fesyen Wanita ialah sebuah sistem berasaskan web yang membantu pengguna dengan mencadangkan gaya fesyen jalanan berdasarkan pilihan pengguna dan paparan imej-imej pakaian. Pengguna akan memilih kategori gaya fesyen terlebih dahulu sebelum soalan kuiz dipaparkan. Beberapa pilihan jawapan disediakan untuk pengguna membuat pilihan berdasarkan kehendak mereka. Hasil lengkap gaya akan dipaparkan setelah pengguna selesai menjawab kuiz tersebut bersama pautan setiap kombinasi yang lain. Justeru, sistem ini dibangunkan bagi menyelesaikan masalah segelintir wanita yang mengambil masa yang lama dalam mengenakan gaya jalanan yang sesuai dengan mereka. Sistem ini telah menggunakan phpMyAdmin yang merupakan aplikasi web percuma dan menyediakan kemudahan antara muka grafik pengguna untuk bekerja bersama sistem pengurusan pangkalan data MySQL. Visual Studio Code turut digunakan sebagai perisian editor kod dan teks untuk mereka antara muka yang menarik. Ujian Fungsi dan Ujian Penerimaan Pengguna telah dibina selepas fasa pelaksanaan. Keputusan menunjukkan sebahagian besar hasil sebenar rancangan ujian untuk setiap modul berjaya. Secara keseluruhan, Afiqah Fits boleh mencadangkan gaya fesyen mengikut kategori yang dipilih oleh pengguna.

Downloads

Published

29-08-2024

Issue

Section

Articles

How to Cite

Nayli Huda Amnan, & Noor Zuraidin Mohd Safar. (2024). AFIQAH FITS: Sistem Cadangan Fesyen Wanita berdasarkan pilihan pengguna. Applied Information Technology And Computer Science, 5(1), 597-616. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/12114