Pengurusan Pesanan dan Jualan Along Donat Sistem secara dalam Talian

Authors

  • Azman Hisham UTHM
  • Hairulnizam Mahdin UTHM

Keywords:

Tempahan, Pengurusan, Rekod, Sistem dalam Talian

Abstract

Projek yang digelar Along Donat Sistem ini dibina untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi oleh perniagaan Along Donat dari segi menerima pesanan, menguruskan jualan dan menyimpan rekod maklumat. Kaedah secara manual yang digunakan kurang cekap serta banyak berlaku pembaziran masa, tenaga dan sumber alam. Disebabkan itu, sistem ini dibina bagi menyediakan satu platform khusus untuk perniagaan Along Donat melakukan urusan jual beli serta pengurusan syarikat dengan lebih mudah dalam talian. Metodologi yang digunakan ialah Model Prototaip. Antara aktiviti yang dijalankan untuk membangunkan sistem ini ialah mengenal pasti masalah, objektif, keperluan sistem, merekabentuk antaramuka sistem dan merekabentuk pangkalan data. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP (Hypertext Preprocessor) di dalam Visual Studio Code. phpMyAdmin, dan MySQL sebagai pangkalan data. Dengan adanya sistem ini, diharapkan perniagaan Along Donat bakal lebih mudah diuruskan dan mampu mencapai kemajuan dalam jangka masa panjang.

Downloads

Published

30-11-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Hisham, A., & Mahdin, H. (2023). Pengurusan Pesanan dan Jualan Along Donat Sistem secara dalam Talian. Applied Information Technology And Computer Science, 4(2), 1862-1876. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/12098