Sistem Keselamatan Rumah Pintar untuk Perumahan di Eco Tropics

Authors

  • Mohomad Haikal Hussin UTHM
  • Rabatul Aduni Sulaiman UTHM

Keywords:

Sistem Keselamatan Rumah, Sistem Berasaskan Web, Sistem Berasaskan Arduino, Model Prototaip, Pendekatan Berorientasikan Objek

Abstract

Permasalahan utama yang dihadapi ialah sistem keselamatan rumah – rumah kini masih menggunakan kaedah konvensional. Contoh kaedah konvensional yang digunakan ialah menggunakan pengunci pintu rumah seperti kunci tombol pintu, dendbolt dan lain – lain. Walau bagaimanapun, konsep perumahan komuniti berpagar yang moden dimulakan di Amerika Syarikat pada awal abad ke-20. Sistem Keselamatan Rumah Pintar Untuk Perumahan Di Eco Tropics dibangunakan bagi mengetatkan lagi ciri keselamatan pada rumah di kawasan perumahan Eco Tropics. Sistem keselamatan rumah ini bertujuan untuk memudahkan pemilik rumah untuk memasuki rumah dalam masa yang sama meningkatkan lagi ciri keselamatan di pintu rumah tersebut. Ini kerana, sistem ini akan menggunakan teknologi yang canggih seperti pengecaman muka dan cap jari untuk mengakses pintu rumah. Selain itu, sistem ini akan mengesan manusia di kawasan privasi rumah dengan memberi notis kepada pemilik rumah dan menghidupkan penggera rumah. Modul yang terlibat ialah log masuk, pendaftaran, admin, pemilik rumah, laporan, kecemasan, tetamu, mengurus permohonan, pencerobohan, akses pintu dan tetapan. Metodologi yang digunakan untuk membangunkan sistem ini ialah model prototaip. Ianya dibangunkan secara pengulangan mengikut kaedah daripada model tersebut sehingga sistem berjaya. Pembangunan sistem ini akan menggunakan teknologi Arduino dan kod pengaturcaraan Html, PHP, Python dan lain – lain.

Downloads

Published

30-11-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Mohomad Haikal Hussin, & Rabatul Aduni Sulaiman. (2023). Sistem Keselamatan Rumah Pintar untuk Perumahan di Eco Tropics. Applied Information Technology And Computer Science, 4(2), 1052-1071. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/12093