Aplikasi Diari Perubatan (Di'Ubat)
Keywords:
Alat Bantuan Perubatan, Android, flutter, Model agile, Pendekatan pengaturcaraan berorientasikan objek (OOP)Abstract
Aplikasi Diari Perubatan (Di’Ubat) digunakan sebagai alat bantuan perubatan untuk melihat pekembangan kesihatan. Aplikasi yang dihasilkan menguruskan masa pesakit dalam menguruskan ubat-ubatanya dan temu janji untuk rawatan. Objektif projek ini adalah untuk membangunkan Aplikasi Diari Perubatan yang mudah digunakan supaya pengguna dapat menguruskan jadual ubat dan janji temu doktor. Skop bagi projek ini tertumpu kepada aplikasi telefon pintar berasaskan Android. Aplikasi ini direka bentuk menggunakan pendekatan pengaturcaraan berorientasikan objek (OOP), dan model yang digunakan ialah model agile kerana setiap fasa adalah bersesuaian dengan pembangunan aplikasi. Selain itu, aplikasi ini dibangunkan menggunakan framework aplikasi mudah alih iaitu flutter, dart, firebase untuk menyimpan data dalam pangkalan data. projek ini dijalankan bagi memenuhi kehendak pengguna yang menginginkan menguruskan ubat-ubatan dengan sistematik. Dengan aplikasi ini dapat membantu untuk melihat kemajuan dan pemulihan kesihatan para pesakit dengan lebih terperinci.