Sistem Tempahan Temujanji Poliklinik Penawar
Keywords:
Sistem Tempahan Temujanji, Model Air Terjun, PesakitAbstract
Projek ini menerangkan dan membincangkan tentang pembangunan Sistem Tempahan Temujanji Poliklinik Penawar bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh Poliklinik Penawar. Pada masa kini, poliklinik ini tidak mempunyai sistem berasaskan web dan ini menyebabkan sukar bagi pesakit tersebut untuk membuat temujanji kerana pesakit perlu datang ke kaunter dan beratur atau membuat panggilan telefon untuk membuat temujanji. Terdapat juga masalah kehilangannya data pesakit. Ini terjadi apabila rekod yang disimpan di dalam fail pesakit hilang disebabkan bencana alam atau pesakit sendiri tidak ingat sama ada pernah mendaftar atau tidak. Dengan itu, projek membangunkan Sistem Tempahan Temujanji Poliklinik Penawar. Untuk pembangunan sistem ini, model air terjun digunakan sebagai metodologi. PHP digunakan sebagai bahasa pengaturcaraan dan xampp sebagai pelayan laman web. Kesimpulannya, sistem yang dicadangkan memberi kemudahan dan manfaat kepada semua individu yang terlibat di dalam organisasi yang berkaitan iaitu pentadbir, doktor, pesakit dan kerani. Funsgi utama sistem ini adalah untuk memudahkan pesakit membuat temujanji dengan doktor. Selain itu, sistem ini membenarkan pesakit mengubah jadual tempahan temujanji jika terdapat sebarang masalah yang tidak dapat dielakkan. Seterusnya, sistem ini juga membolehkan pentadbir dan doktor mencari data pesakit tertentu dengan mudah. Rekod sejarah pemeriksaan pesakit juga dapat dihasilkan melalui sistem ini. Sistem ini juga dapat menghasilkan laporan pesakit dan membolehkan pesakit melihat rekod rawatan yang telah dicatatkan.