Sistem Pesanan Restoran Palembang

Authors

  • Muhammad Hafizad Hameran
  • Norlida Hassan

Keywords:

Berasaskan Web, Restoran, Prototaip

Abstract

Abstrak: Sistem pesanan makanan berasaskan web ialah sebuah sistem dan platform yang membolehkan pelanggan membuat pesanan untuk produk berupa makanan dari restoran atau pembekal dan penyedia makanan lain melalui laman web hanya semasa mereka berada secara fizikal di restoran. Pelanggan boleh menyemak menu, memilih item untuk pesanan mereka dan menentukan sebarang arahan dari peranti mereka sendiri atau peranti disediakan semasa mereka berada di premis. Salah satu faedah sistem pesanan makanan melalui web ialah membolehkan pelanggan membuat pesanan mereka dengan cepat dan mudah semasa mereka berada di restoran, dan tidak perlu menunggu pelayan untuk mengambil pesanan mereka. Sistem ini dibangukan menggunakan perisian Visual Studio Code dan PHPadmin sebagai pangkalan data. Ia dibangunkan mengikut kaedah pendekatan berstruktur dan menggunakan model prototaip sebagai metodologi pembangunan. Secara keseluruhannya, Sistem Pesanan Restoran Palembang yang berasaskan web ini dijangkakan dapat menyediakan cara yang mudah dan cekap untuk pelanggan membuat pesanan dan memudahkan pihak restoran menguruskan pesanan tersebut.

Downloads

Published

30-11-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Muhammad Hafizad Hameran, & Norlida Hassan. (2023). Sistem Pesanan Restoran Palembang. Applied Information Technology And Computer Science, 4(2), 1143-1157. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/12072