Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Berasaskan Android bagi Perancang Diet
Keywords:
Perancang Diet, Modul Kalkulator, Modul Pelan Diet, Jumlah KaloriAbstract
Aplikasi mudah alih berasaskan Android bagi perancang diet merupakan satu aplikasi untuk menjejaki perkembangan kesihatan semasa pengguna. Aplikasi perancang diet menggunakan Android sebagai sistem operasinya. Aplikasi ini mempunyai dua modul utama iaitu modul kalkulator kalori dan modul pelan diet. Modul kalkulator kalori mengambil beberapa input seperti umur, jantina, tinggi, berat badan, serta kekerapan melakukan aktiviti dalam seminggu dari pengguna lalu mengira jumlah kalori yang sesuai bagi pengguna untuk diambil, manakala modul pelan diet akan memaparkan set pelan diet bergantung kepada jumlah kalori yang telah dikira. Pembangunan aplikasi ini membolehkan pengguna untuk lebih memahami jumlah kalori yang perlu diambil serta contoh-contoh set pelan makanan yang boleh dijadikan diet bagi mencapai berat badan yang ideal oleh pengguna.