Aplikasi Pengimbas Resit Berasaskan Android

Authors

  • Muhammad Afnan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Hanayanti Hafit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Pengimbas, Aplikasi Android, Resit

Abstract

Aplikasi Pengimbas Resit Berasaskan Android adalah satu aplikasi yang dibangunkan untuk membantu penyimpanan resit-resit untuk cukai pendapatan. Resit-resit yang penting perlu disimpan untuk jangka masa yang lama. Malangnya, sebilangan besar individu masih tidak menyedari asas dalam menyimpan resit dengan cekap dan teratur. Oleh itu, sebuah aplikasi untuk mengimbas resit dan menyimpannya dibangunkan bagi membantu pembayar cukai menyimpan resit. Metodologi yang digunakan bagi membangunkan aplikasi ini ialah Model Prototaip. Mengenal pasti pernyataan masalah, objektif, keperluan aplikasi, mereka bentuk antara muka aplikasi dan pangkalan data merupakan aktiviti yang dijalankan untuk pembangunan aplikasi ini. Aplikasi ini dibangunkan dengan menggunakan rangka kerja Flutter dan menggunakan bahasa pengaturcaraan Dart. Platform Firebase digunakan sebagai pangkalan data. Diharapkan aplikasi ini berjaya dibangunkan dan dapat membantu para pembayar cukai menyimpan resit-resit penting.

Downloads

Published

30-11-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Muhammad Afnan, & Hafit, H. (2023). Aplikasi Pengimbas Resit Berasaskan Android. Applied Information Technology And Computer Science, 4(2), 1842-1861. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/12048