Sistem e-Kedai Samson Ent
Keywords:
Sistem e-Kedai, Sistem Berasaskan Web, Model Prototaip, Pendekatan BerstrukturAbstract
: Sistem e-Kedai Samson Ent adalah berasaskan web yang meningkatkan kualiti sistem sedia ada di Syarikat Samson Enterprise dengan menggunakan sistem belian di dalam talian. Syarikat Samson Enterprise masih menggunakan kertas dan pen untuk mengambil pesanan, membuat salinan pesanan dan menerima pembayaran secara tunai. Nyatakan masalah yang dihadapi kesan dari kertas dan pen. Oleh itu, sistem ini dibangunkan untuk mengatasi masalah tersebut buat pentadbir dan pelanggan syarikat ini. Berikutan itu, sistem e-Kedai Samson Ent boleh dijalankan dengan lebih sistematik, menjimatkan masa dan memenuhi kepuasan pelanggan. Selain itu, sistem ini juga memudahkan pelanggan untuk membuat pesanan dari dalam talian. Sistem ini direka bentuk menggunakan pendekatan berstruktur, dan model yang digunakan ialah model Prototaip. Manakala perisian pembangunan yang digunakan ialah XAMPP, MySQL sebagai pangkalan data dan PHP sebagai bahasa pengaturcaran. Akhir sekali, sistem ini dapat digunakan secara optimum dan memberi manfaat kepada pentadbir syarikat dalam menguruskan barang jualan di syarikat itu.