Sistem Pengurusan Aset ICT Pejabat Daerah dan Tanah Rompin

Authors

  • Muhammad Isa Ismail Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Azizul Azhar Ramli

Keywords:

Sistem Pengurusan Aset ICT, Sistem Berasaskan Web, Model Protaip

Abstract

Sistem Pengurusan Aset ICT Pejabat Daerah dan Tanah Rompin adalah sistem yang berfungsi untuk menguruskan aset ICT, pinjaman peralatan ICT, aduan kerosakan aset ICT dan semakan perkembangan aset ICT yang di selenggara dengan lebih sistematik dan efisyen. Hasil kajian mendapati jabatan ini masih menggunakan kaedah manual iaitu dengan menyimpan maklumat ke dalam fail. Antara masalah yang wujud dalam sistem sedia ada ialah maklumat data aset dan pengguna direkod secara manual, pengurusan aset yang tidak sistematik, pertindihan maklumat data dan masa yang panjang untuk menyelesaikan tugasan. Maka, sistem pengurusan aset ICT berasaskan web ini dibangunkan bagi mengatasi masalah tersebut dan membantu menghasilkan laporan yang berguna. Metodologi prototaip telah dipilih untuk digunakan dalam pembangunan sistem ini kerana bersesuaian dengan saiz projek yang sederhana. Sistem ini dibangunkan menggunakan perisian Visual Studio Code, Xampp, pengoperasian Window 10 dan bahasa pengaturcaraan PHP (Hypertext Preprocessor). Sistem ini dijangkakan dapat menyimpan maklumat aset dan pengguna di jabatan ini serta memudahkan tugas staf Unit Teknologi Maklumat yang bertanggungjawab untuk menguruskan segala aset ICT berkaitan. Oleh itu, sistem ini akan membantu Pejabat Daerah dan Tanah Rompin meningkatkan pengurusan aset ICT mereka dengan lebih baik.

Downloads

Published

30-11-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Muhammad Isa Ismail, & Azizul Azhar Ramli. (2023). Sistem Pengurusan Aset ICT Pejabat Daerah dan Tanah Rompin. Applied Information Technology And Computer Science, 4(2), 1178-1195. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/12017