Sistem Tempahan Langsir dan Rekod Pelanggan Amni Home Decor
Keywords:
Perniagaan Kedai Langsir, Sistem Tempahan, Sistem Berasaskan Web, Model PrototaipAbstract
Sistem Tempahan Langsir dan Rekod Pelanggan dibangunkan untuk membantu pemilik menguruskan perniagaan kedai langsir Amni Home Décor. Beberapa permasalahan berkaitan pengurusan tempahan dan rekod pelanggan telah dikenalpasti akibat pengunaan kaedah konvensional. Pentadbir akan mengambil masa bagi menulis tempahan bagi setiap pelanggan di atas borang. Selain itu, penggunaan kertas akan memenuhi ruang dan juga akan mengingkatkan kos kertas. Kecuaian juga mungkin berlaku dalam proses menulis borang tempahan sekiranya pekerja terhilangkan borang tempahan tersebut sehingga menyebabkan proses tempahan bagi seseorang pelanggan itu terlepas pandang. Keselamatan bagi rekod pelanggan juga menjadi tidak terjamin kerana data tersebut disimpan dalam Microsoft Excel. Pentadbir dibenarkan untuk mengakses modul log masuk, rekod tempahan, rekod pembayaran dan inventori kedai. Pelanggan pula dibenarkan mengakses modul log masuk, pendaftaran, tempahan, pembayaran. Bahasa pengaturcaraan yang digunkan adalah PHP, manakala perisian penstoran data menggunakan MySQL. Pembangunan Sistem Tempahan Langsir dan Rekod Pelanggan akan memudahkan pentadbir untuk menguruskan tempahan pelanggan dan juga menjejak rekod tempahan dan pembayaran pelanggan. Oleh itu, sistem boleh meningkatkan keberkesanan dan kecekapan penilaian dengan lebih tepat. Selain itu, Sistem Tempahan Langsir dan Rekod Pelanggan Amni Home Decor akan menggunakan model prototaip sebagai metodologi kajian.