Sistem Pengurusan Komisen Jualan Telefon Pekerja Fotocharlie
Keywords:
Pengurusan, Komisen, Telefon, JualanAbstract
Sistem Pengurusan Komisen Jualan Telefon Pekerja Fotocharlie dibangunkan untuk mengurus komisen yang diperolehi oleh pekerja Fotocharlie hasil daripada penjualan telefon. Selain itu, sistem ini juga digunakan untuk menyemak stok telefon. Pada masa ini, pengiraan komisen dilakukan secara manual, di mana berdasarkan resit jualan. Resit-resit tersebut sering tercicir atau hilang. Pengurus merupakan individu yang bertanggungjawab dalam urusan pengiraaan komisen hasil daripada penjualan telefon. Sering kali terlepas pandang, yang melambatkan proses pengiraan komisen. Dalam sistem yang dibangunkan, pengurus dapat mengakses pengurusan stok dan penjanaan laporan. Pekerja dapat mengakses jualan, pengurusan stok dan penjanaan laporan. Model yang digunakan dalam pembangunan ini adalah model air terjun. Bahasa pengaturcaraan yang dibangunkan adalah PHP, manakala perisian simpan data menggunakan MySQL.Pembangunan sistem ini akan dapat memudahkan pengurus untuk memberi komisen kepada pekerjanya. Oleh itu, sistem dapat memberi impak yang besar.