Sistem Inventori Panasonic System Networks Malaysia Sdn. Bhd.

Authors

  • Eryna Misya Jamil Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Nazri Mohd Nawi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Sistem Inventori, Sistem Berasaskan Web, Model Prototaip

Abstract

Sistem Inventori Panasonic System Networks Malaysia Sdn. Bhd. merupakan sistem berasaskan web yang dibangunkan untuk memudahkan pihak Eksekutif merekod maklumat inventori dan pekerja mencari maklumat bahan.  Sistem Inventori Panasonic System Networks Malaysia Sdn. Bhd. ini diwujudkan sebagai satu alternatif kepada sistem manual yang masih mengisi maklumat inventori dalam Microsoft Excel serta membantu pekerja mencari maklumat bahan pada setiap rak. Kaedah manual tersebut memberi impak negatif kepada pihak Eksekutif kerana maklumat bahan di dalam Microsoft Excel tersebut tidak sistematik dan mesra pengguna. Selain itu, kaedah manual ini akan menyukarkan kepada pekerja untuk mencari maklumat bahan satu per satu pada setiap rak serta melambatkan proses pengiraan stok dan pembinaan model yang baharu. Oleh itu, dengan adanya Sistem Inventori Panasonic System Networks Malaysia Sdn. Bhd.. ini, maklumat bahan akan menjadi sistematik dan teratur yang akan memudahkan urusan pihak Eksekutif dan pekerja. Sistem ini menggunakan metodologi model prototaip dan dibina menggunakan platform window. Sistem ini juga menggunakan bahasa pengaturcaraan iaitu PHP dan MySQL sebagai pangkalan data untuk menyokong pembangunan sistem. Sistem ini dapat membantu pihak Eksekutif dalam menyimpan maklumat secara teratur dan sistematik serta memudahkan pekerja mencari maklumat bahan dengan mengimbas Barcode pada bahan.

Downloads

Published

30-11-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Eryna Misya Jamil, & Nazri Mohd Nawi. (2023). Sistem Inventori Panasonic System Networks Malaysia Sdn. Bhd. Applied Information Technology And Computer Science, 4(2), 831-846. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/12000