Sistem Parkir Pintar UTHM

Authors

  • Muhammad Aqil Fahmirudin Kamalruddin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Rozlini Mohamed

Keywords:

Artificial Intelligence, Waterfall Model, Vehicle Sticker, OpenCV, EasyOCR

Abstract

Sistem Parkir Pintar UTHM merupakan sebuah sistem yang di bina bagi menggantikan pelekat kenderaan UTHM. Pelekat tersebut digunakan untuk memastikan hanya kenderaan berdaftar sahaja yang boleh di letakkan di dalam kawasan parkir UTHM. Sistem pelekat kenderaan UTHM ini merupakan satu sistem yang kurang efisyen dari segi kos dan juga masa. Kesemua pelekat yang di mohon perlu melalui proses verifikasi dan apabila permohonan telah lulus, pihak UTHM perlu menempah pelekat untuk dicetak. Keadaan ini menyebabkan proses permohonan pelekat kenderaan UTHM memakan masa yang lama. Oleh yang demikian, Sistem Parkir Pintar UTHM dibangunkan bertujuan untuk menggantikan cara sedia ada. Penggunaan kecerdasan buatan di dalam Sistem Parkir Pintar UTHM menjimatkan masa kerana dengan sistem sedia ada, polis bantuan hanya perlu buat rondaan sekiranya terdapat kenderan tidak berdaftar dikesan. Sistem ini juga menjimatkan kos kerana pihak UTHM tidak lagi perlu mencetak pelekat fizikal. Kecerdasan buatan juga digunakan bagi proses pengecaman nombor kenderaan. Sistem ini juga memudahkan pelajar dalam proses permohonan pelekat. Sistem Parkir Pintar UTHM dibangunkan berlandaskan model pembangunan air terjun dan menggunakan sistem sumber terbuka iaitu OpenCV dan EasyOCR. Akhir sekali, Sistem Parkir Pintar ini dijangka dapat memudahkan pelajar dan juga polis bantuan dalam beberapa proses seperti permohonan pelekat kenderaan, pengeluaran saman dan juga rumusan bulanan saman.

Downloads

Published

30-11-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Muhammad Aqil Fahmirudin Kamalruddin, & Rozlini Mohamed. (2023). Sistem Parkir Pintar UTHM. Applied Information Technology And Computer Science, 4(2), 1129-1142. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/11997