Sistem Pengurusan Tempahan D'Wawasan Steak Station

Authors

  • Sharifah Nurliana Syed Hamzah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Suhaila Mohd. Yasin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

sistem pengurusan, sistem berasakan web, sistem tempahan, tempahan makanan

Abstract

Pengurusan tempahan merupakan aspek yang perlu dititikberatkan dalam sesuatu proses tempahan, terutamanya bagi sesebuah restoran. Kaedah pengurusan tempahan yang dilakukan secara manual memperlihatkan beberapa kelemahan yang dapat menganggu pentadbiran sesuatu organisasi. Maka, satu sistem tempahan dan pengurusan makanan dibangunkan bagi menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh pihak restoran. Sistem ini dibangunkan untuk memudahkan pentadbir restoran mengurus dan menyimpan maklumat tempahan makanan. Selain itu, sistem ini juga memudahkan pelanggan menempah makanan dari dalam talian. Projek ini melibatkan dua pengguna iaitu pentadbir, dan pelanggan. Projek ini dilaksanakan menggunakan model prototaip dan perisian pembangunan XAMPP, MySql sebagai pangkalan data dan PHP sebagai bahasa pengaturcaraan. Sistem ini memudahkan kedua-dua pengguna iaitu pelanggan dan pentadbir untuk menempah serta mengurus tempahan makanan.

Downloads

Published

29-08-2024

Issue

Section

Articles

How to Cite

Syed Hamzah, S. N., & Mohd. Yasin, S. (2024). Sistem Pengurusan Tempahan D’Wawasan Steak Station. Applied Information Technology And Computer Science, 5(1), 1122-1140. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/11992