Expense Tracker: Aplikasi Pengurusan Kewangan
Keywords:
Perbelanjaan, Pendapatan, FirebaseAbstract
Expense Tracker adalah aplikasi yang dibangunkan untuk membolehkan orang ramai mengurus wang pendapatan atau perbelanjaan dengan mudah. Dalam aplikasi ini, pengguna boleh merekodkan pendapatan dan perbelanjaan, mereka bentuk pelan kewangan persaraan, melakukan analisis untuk pendapatan dan perbelanjaan bulanan dan belajar mengenai ilmu kewangan. Aplikasi ini dibina menggunakan perisian Visual Studio Code dan Firebase sebagai pangkalan data. Selepas pelaksanaan, terdapat fasa ujian akan dilakukan untuk mengumpul maklum balas dan melakukan penambahbaikan dalam versi seterusnya bagi memastikan aplikasi dapat digunakan dengan baik oleh orang ramai. Secara keseluruhannya, aplikasi ini dijangka akan dapat membantu pengguna dalam merekod transaksi wang mereka, mengawal perbelanjaan dan merancang kewangan dengan lebih baik untuk kegunaan masa depan.