Sistem Pengurusan Khairat Kematian Masjid Al-Falah

Authors

  • Nang Ainaa Sofea Jamalulail Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Nurezayana Zainal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Sistem Pengurusan Khairat Kematian, Sistem berasaskan web, Model prototaip, Pendekatan berorientasikan objek

Abstract

Sistem Pengurusan Khairat Kematian Masjid Al-Falah adalah satu sistem berasaskan web secara dalam talian yang dapat memudahkan pengurusan khairat kematian di masjid Al-Falah. Sistem ini bangunkan bertujuan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh bendahari masjid untuk merekod maklumat secara manual. Objektif utama sistem ini dibangunkan adalah untuk menganalisis dan mereka bentuk sistem berdasarkan pendekatan berorientasikan objek, membangunkan sistem pengurusan menggunakan teknologi berasaskan web serta menguji sistem yang dibangunkan dengan menggunakan pengujian keberfungsian sistem dan penerimaan pengguna. Model yang digunakan dalam pembangunan sistem ini adalah prototaip model manakala bahasa pengaturcaraan yang digunakan adalah Hypertext Mark-up Languange (HTML) dan Hypertext Preprocessor (PHP). Secara umumnya, sistem ini dibina agar dapat meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam pengurusan kutipan bayaran yuran ahli khairat serta permohonan wang khairat kematian di Masjid Al-Falah.

Downloads

Published

29-08-2024

Issue

Section

Articles

How to Cite

Jamalulail, N. A. S., & Zainal, N. (2024). Sistem Pengurusan Khairat Kematian Masjid Al-Falah. Applied Information Technology And Computer Science, 5(1), 1048-1064. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/11985