Sistem Pelupusan Al-Quran dan Kitab Agama Lama (I-Care2u)

Authors

  • Effa Nadzirah Nazri UTHM
  • Munirah Mohd Yusof

Keywords:

icare2u, Pelupusan Al-Quran, sistem

Abstract

Abstrak: Setiap tahun, Malaysia pasti akan dilanda fenomena alam seperti banjir terutama di kawasan pantai timur. Impak daripada bencana ini serba sedikit sudah semestinya menyumbang kepada kerosakan harta benda. Kerosakkan harta benda seperti perabot dan pakaian masih boleh di buang sahaja di tempat perlupusan sampah, namun barangan seperti Al-Quran dan kitab-kitab agama tidak boleh di buang dan dilupuskan dengan sesuka hati kerana mempunyai ayat-ayat suci Al-Quran. Pada masa kini, masih ada segelintir masyarakat yang tidak mengetahui lokasi dan cara untuk melupuskan Al-Quran atas faktor kekangan penyebaran maklumat. Berdasarkan dari permasalahan ini, maka terhasil lah sebuah Sistem Pelupusan Al-Quran dan Kitab Agama Lama (I-Care2U) bagi membantu pengguna mencari lokasi pusat serta mendedahkan pengguna berkenaan proses pelupusan Al-Quran dengan betul. Model metodologi yang dipilih dalam pembangunan projek ini ialah model Agile. Sistem ini di realisasikan dengan mengguna Visual Studio Code dan pangkalan data jenis MySQL. Sistem ini akan menyimpan data permohonan, data pengguna, lokasi pusat pelupusan dengan lebih selamat tanpa sebarang kehilangan data. Pengguna juga dapat mengetahui maklumat pusat pelupusan dan lokasi pusat tersebut dengan lebih mudah. Diharapkan sistem ini dapat memberikan maklumat tentang pusat pelupusan serta proses pelupusan yang dilakukan dengan baik dan dalam masa yang sama dapat memberi manfaat.

Downloads

Published

30-11-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Nazri, E. N., & Mohd Yusof, M. (2023). Sistem Pelupusan Al-Quran dan Kitab Agama Lama (I-Care2u). Applied Information Technology And Computer Science, 4(2), 812-830. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/11984