Sistem Tempahan Tukang Gunting Rambut Lelaki di UTHM
Keywords:
sistem tempahan, pelajar, tukang gunting rambutAbstract
Sistem Tempahan Tukang Gunting Rambut Lelaki di UTHM merupakan suatu sistem yang mana membenarkan pelajar untuk melakukan tempahan dan mencari kerja sambilan. Sistem ini mempunyai dua pengguna iaitu pengguna biasa dan tukang gunting rambut. Sistem ini bertujuan membantu pelajar untuk memudahkan mereka menggunting rambut di samping membantu pelajar yang mempunyai kemahiran menggunting rambut untuk menjana pendapatan sampingan. Objektif sistem ini adalah untuk menganalisis, membangunkan dan menguji sistem tempahan ini bagi mencapai kesemua objektif yang dibincangkan. Metodologi yang digunakan bagi membangun sistem ini adalah model prototaip yang mana membantu pembangun sistem untuk lebih memahami aliran sistem ini berfungsi. Sistem tempahan ini menekankan peranannya dalam memudahkan pemotongan rambut yang mudah untuk pelajar dan menawarkan peluang pekerjaan sambilan bagi pelajar berkemahiran yang mendaftar sebagai tukang gunting rambut. Untuk meningkatkan penambahbaikan, kerja masa hadapan boleh menumpukan pada menambah baik antara muka dan pengalaman pengguna, melaksanakan sistem maklum balas dan penarafan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan, dan meneroka penyepaduan sistem pembayaran dalam talian untuk kemudahan tambahan.