Sistem Pengurusan Maklumat Penjualan dan Stok Durian Sejuk Beku

Authors

  • Ho Yan Lee University Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Nureize Arbaiy

Keywords:

Sistem pengurusan maklumat, Penjualan dan stok, Sistem berasaskan web

Abstract

Sistem Pengurusan Maklumat Penjualan dan Stok Durian Sejuk Beku merupakan sistem satu sistem berasaskan web yang berfungsi bagi mengendalikan pengurusan maklumat penjualan dan aktiviti pengiraan stok durian sejuk beku. Sistem ini dibangunkan menambah baik kelemahan di dalam kaedah pengurusan maklumat penjualan dan stok durian sejuk beku sediada yang menggunakan buku rekod dan buku resit sebagai medium pengurusan maklumat. Model prototaip digunakan untuk membangunkan projek ini. Manakala, pembangunan sistem direalisasikan dengan menggunakan perisian Visual Studio Code dan pangkalan data MySQL. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan adalah Hypertext Preprocessor (PHP) dan Hypertext Mark-up Language (HTML). Umumnya sistem ini dapat membantu meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam pengurusan data perniagaan bagi kilang secara teratur dan terkawal.

Downloads

Published

30-11-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Lee, H. Y., & Arbaiy, N. (2023). Sistem Pengurusan Maklumat Penjualan dan Stok Durian Sejuk Beku. Applied Information Technology And Computer Science, 4(2), 958-977. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/11926