Sistem Pengurusan Kantin SK LKTP Ulu Penggeli
Keywords:
pengurusan kantin, pangkalan data, sistem berasaskan webAbstract
Sistem Pengurusan Kantin SK LKTP Ulu Penggeli merupakan suatu sistem berasaskan web yang berfungsi bagi menguruskan data jualan secara berkomputer serta menghasilkan laporan jualan. Proses manual sebelum ini mendatangkan pelbagai kesulitan dari segi penyimpanan dan pengiraan hasil jualan. Sistem ini bertujuan untuk memudahkan proses pengurusan data dengan cekap serta memudahkan pengguna luar dalam membuat tempahan atau aduan. Metodologi yang digunakan bagi pembangunan sistem ialah model air terjun. Selain itu, bahasa pengaturcaraan yang digunakan adalah PHP dan JavaScript manakala pangkalan data pula ialah MySQL. Secara keseluruhannya, sistem ini dibangunkan bagi memudahkan pengurusan data jualan, pekerja dan tempahan oleh pelanggan serta pengurus dapat mengendalikan perniagaan kantin dengan lebih sistematik. Oleh itu, sistem cadangan ini dapat melancarkan proses pengurusan kantin dengan lebih cekap.
Canteen management system of SK LKTP Ulu Penggeli is a web-based system that functions to manage sales data computerized and produce sales reports. The previous manual process caused various difficulties in terms of storage and calculation results. The system aims to facilitate the efficient data management process as well as facilitate external users in making orders or feedback. The methodology used for system development is the waterfall model. In addition, the programming languages used are PHP and JavaScript while the database is MySQL. Overall, this system was developed to facilitate the management of sales data, employees and orders by customers and also the manager can manage the system more systematically. Therefore, this recommendation system can streamline the canteen management process more efficiently.