Pembangunan Sistem Pembelajaran Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah

Authors

  • Wan Nur Aishah Wan Mohd Azri UTHM
  • Rabatul Aduni Sulaiman

Keywords:

sistem berasaskan web, pembelajaran dalam talian, sistem pembelajaran

Abstract

Susulan pandemik Covid-19 yang berlaku di negara kita, aktiviti pengajaran serta pembelajaran hendaklah dilaksanakan dengan kaedah yang berbeza. Oleh itu, satu sistem berasaskan web dibangunkan bagi membantu guru dan pelajar sekolah Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah menjalankan sesi pengajaran serta pembelajaran secara dalam talian di rumah, di samping memudahkan penyimpanan data secara lebih sistematik. Kajian dijalankan di sebuah sekolah Maahad Tahfiz Sains, menyasarkan guru dan pelajar tingkatan 4 dan 5. Metodologi yang digunakan dalam pembangunan sistem ini adalah model prototaip. Selain itu, bahasa pengaturcaraan yang digunakan adalah PHP manakala pangkalan data adalah MySQL. Dengan adanya sistem ini, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan secara tidak bersemuka serta maklumat senang diperolehi. Selain daripada pembelajaran di sekolah, sistem ini juga mampu diadaptasi di pusat – pusat tuisyen.

Downloads

Published

20-07-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Wan Mohd Azri, W. N. A., & Sulaiman, R. A. (2023). Pembangunan Sistem Pembelajaran Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah. Applied Information Technology And Computer Science, 4(1), 1160-1175. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/10028