Analisis Epistemologi Islam Liberal Dalam Konteks Malaysia Menurut Ahli Sunnah Wal Jama‘Ah

Authors

  • Halimi Mohd Khalid Pusat Pengajian Umum dan Ko Kurikulum UTHM
  • Muhammad Rashidi Wahab Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Shakila Ahmad UTHM
  • Mutapahayuddin bin Abdul Khalim UTHM

Keywords:

Kata kunci; liberalisme, Islam Liberal, epistemologi, Ahli Sunnah wal Jama‘ah, Malaysia

Abstract

Liberalisme adalah sebuah ideologi moden yang menjadi pegangan, falsafah hidup dan gerakan di Barat yang mengutamakan kebebasan mutlak sebagai matlamat utama kehidupan. Atas beberapa faktor, liberalisme dan lain-lain ideologi moden berkembang masuk ke dalam dunia Islam. Rentetan itu, kemunculan fahaman Islam Liberal menyebabkan umat Islam terpaksa berhadapan dengan ancaman pemikiran yang dahsyat sehingga boleh membawa kerosakan kepada akidah. Masalah ini turut berlaku di Malaysia apabila terdapat sebilangan umat Islam yang mula terpegaruh dengan fahaman Islam Liberal telah membawa pelbagai isu dalam usaha memperjuangkan agenda liberalisme. Justeru, berdasarkan metode analisis kandungan dokumen, artikel ini membahaskan epistemologi Islam Liberal dalam konteks di Malaysia yang menjadi asas kepada pemikiran dan perjuangan mereka. Bagi mendapatkan kefahaman yang lebih menyeluruh, artikel turut menyoroti konsep serta sejarah liberalisme dalam dunia Barat. Hasil penelitian mendapati bahawa epistemologi Islam Liberal adalah berasaskan kepada akal yang bebas semata-mata sebagai sumber ilmu. Pegangan ini menjadikan golongan Muslim Liberal mengemukakan pelbagai pemikiran dan tindakan yang menyeleweng dari agama Islam berteraskan Ahli Sunnah wal Jama‘ah, kerana mengetepikan sumber ilmu utama daripada al-Quran dan hadis serta huraiannya daripada para ulama. Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu dalam mendepani ancaman Islam Liberal di Malaysia pada masa kini supaya akidah umat Islam terus terpelihara.

Downloads

Published

02-01-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Mohd Khalid, H. (2023). Analisis Epistemologi Islam Liberal Dalam Konteks Malaysia Menurut Ahli Sunnah Wal Jama‘Ah (M. R. . Wahab, S. . Ahmad, & M. bin . Abdul Khalim , Trans.). Advances in Humanities and Contemporary Studies, 3(2), 227-238. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/9819