Elemen Pengukuhan Etika Digital Berdasarkan Analisis Tinjauan Literatur Sistematik

Authors

  • Muhaymin Hakim Abdullah Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Lutfan Jaes
  • Riki Rahman
  • Siti Sarawati Johar

Keywords:

Dasar Awam, Etika Digital, Media Sosial, Rangkaian Internet, Teknologi Digital, Netiket

Abstract

Etika digital adalah satu prosedur dan set peraturan yang dicipta bagi mengurangkan ancaman melibatkan penggunaan teknologi digital. Dunia digital pada masa kini menyentuh semua keperluan aspek kehidupan manusia bagi memudahkan penggunanya. Namun, penggunaan media sosial tanpa batasan akhirnya memberi kesan yang buruk kepada masyarakat. Perkara ini menimbulkan suatu keresahan baharu khususnya kepada pihak berkuasa dalam menangani isu ini. Tujuan kajian ini dibuat untuk mengenal pasti elemen etika digital secara global melalui integrasi kajian lepas sebagai panduan rujukan bagi membantu mengukuhkan etika digital dalam pembuatan dasar. Kajian secara kualitatif ini menggunakan kaedah tinjauan analisis literatur sistematik PRISMA dengan mengintegrasikan semula penemuan kajian lepas melalui proses tapisan bagi mengenal pasti dan dinilai setiapnya secara kritis. Hasil kajian mendapati elemen pengukuhan etika digital dalam masyarakat yang telah dikenal pasti antaranya ialah professional, positif, kesedaran, peribadi, komunikasi dan pendidikan

Downloads

Published

02-01-2023

Issue

Section

Editorial

How to Cite

Muhaymin Hakim Abdullah, Lutfan Jaes, Riki Rahman, & Siti Sarawati Johar. (2023). Elemen Pengukuhan Etika Digital Berdasarkan Analisis Tinjauan Literatur Sistematik. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 3(2), 9-19. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/9791