Pembentukan Kontinum Pemikiran Visual Pelajar Menerusi Visualisasi Hibrid Pembelajaran Servis (V-HIPS)

Authors

  • Umi Mastura Abd Majid UTM
  • Noor Azean Atan UTM
  • Sanitah Mohd Yusof

Keywords:

Pembelajaran Servis, Kontinum Pemikiran Visual, Kemahiran Generik

Abstract

Pembelajaran Rangkaian Komputer memerlukan pemikiran logik pelajar serta gambaran jelas implimentasinya dalam keadaan sebenar. Kekurangan aktiviti pembelajaran untuk mempraktiskan teori kepada praktikal sebenar menyebabkan pelajar kurang mampu untuk menggambarkan konsep yang dipelajari kepada situasi sebenar. Maka dalam pembelajaran Rangkaian Komputer perlu memvisualkan konsep pembelajaran kepada keadaan realiti seperti perlaksanaan aktiviti Pembelajaran Servis (PS). Namun  dalam situasi endemik pasca covid-19 kini, pelaksanaan aktiviti Pembelajaran Servis ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya secara bersemuka. Justeru pengintegrasian PS menerusi medium teknologi secara bersama adalah diperlukan dan bersesuaian dengan pelajar merupakan digital natif masa kini. Oleh demikian, pembelajaran servis berbentuk hibrid yang menggunakan bersama medium teknologi merupakan rekabentuk instruksi memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasi pengetahuan teoritikal kepada praktikal dalam keadaan sebenar. Justeru kajian ini telah mereka bentuk aktiviti pembelajaran Rangkaian Komputer dengan bahan bervisual menerusi laman web hibrid pembelajaran servis dalam menyokong kontinum pemikiran visualisasi pelajar. Seterusnya  kesan aktiviti pembelajaran Rangkaian Komputer terhadap aras kontinum pemikiran visualisasi pelajar serta tahap kemahiran generik dikenalpasti bersama persepsi terhadap hibrid pembelajaran servis. Berdasarkan reka bentuk kajian kuasi-eksperimental, seramai 27 pelajar telah terlibat selama 15 minggu kajian ini. Data kajian di analisis melalui analisis deskriptif dan inferensi statistikal menggunakan perisian SPSS. Melalui ujian ANOVA-sehala dalam mendapatkan aras kontinum pemikiran visualisasi pelajar, menunjukan tiada perbezaan signifikan (p>0.05) antara elemen pemikiran visual, pembelajaran visual dan komunikasi visual. Namun berdasarkan min bagi setiap elemen ini menunjukan terdapat perbezaan aras pemikiran visualisasi pelajar iaitu mengalami peningkatan diantara aktiviti-pra dan aktiviti-pos. Manakala bagi tahap kemahiran generik melalui ujian ANOVA-sehala bagi fasa sebelum-PS, semasa-PS dan selepas-PS memaparkan terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) iaitu  tahap penguasaan kemahiran generik pelajar meningkat dan memaparkan perubahan antara setiap fasa. Persepsi pelajar pula mendapati maklum balas yang positif terhadap hibrid pembelajaran servis yang dilaksanakan. Keseluruhannya mendapati pengintegrasian hibrid pembelajaran servis bervisual dalam pembelajaran Rangkaian Komputer menyokong kepada peningkatan aras kontinum pemikiran visualisasi dan tahap kemahiran generik pelajar.

Downloads

Published

20-06-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Umi Mastura Abd Majid, Noor Azean Atan, & Sanitah Mohd Yusof. (2023). Pembentukan Kontinum Pemikiran Visual Pelajar Menerusi Visualisasi Hibrid Pembelajaran Servis (V-HIPS). Advances in Humanities and Contemporary Studies, 4(1), 30-49. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/9611