Pelaksanaan Kursus Latihan Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) Di Kolej Komuniti: Satu Sorotan

Authors

  • Muhammad Zulazizi Mohd Nawi Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Azmil Hashim Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Mohd Rashidi Omar Kolej Komuniti Chenderoh

Keywords:

Pelaksanaan, PISH, Masyarakat Malaysia

Abstract

Pendidikan yang seimbang perlu merangkumi pendidikan Islam. Keperluan ini wujud bagi memartabatkan modal insan yang mapan dalam aspek kerohanian dan keperibadian seperti mana yang telah digariskan dalam al-Quran supaya generasi seterusnya mampu menjadi pemangkin terhadap kemajuan negara dan membuka peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk terus mengembeling ilmu pengetahuan yang berteraskan pendidikan Islam agar selaras dengan peredaran zaman. Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) adalah salah satu inisiatif Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang menyediakan pelbagai pakej latihan termasuklah kemahiran berbentuk teknikal, vokasional dan keusahawan sebagai modus pembelajaran terhadap komuniti. Oleh sebab itulah, kajian ini telah dilakukan secara konseptual tentang pelaksanaan latihan program PISH yang telah dijalankan di kolej komuniti. Untuk memenuhi tuntutan tujuan kajian, kajian ini dilakukan dengan menggunakan metode kepustakaan yang terdiri daripada sumber sekunder seperti artikel jurnal, buku, tesis, akhbar dan sebagainya. Kajian ini mendapati, program PISH bukan sahaja telah melestarikan pemerkasaan budaya ilmu dalam kalangan masyarakat malah ia juga berjaya memperkukuhkan nilai keagamaan dan jati diri masyarakat melalui Pendidikan Islam secara berterusan. Justeru, penemuan kertas kerja ini diharapkan mampu menyumbangkan serba sedikit maklumat mengenai PISH kepada masyarakat Malaysia agar lebih produktif, berintektual, efisien dan berguna kepada negara kelak

Downloads

Published

20-06-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Mohd Nawi, M. Z., Hashim, A., & Omar, M. R. . (2023). Pelaksanaan Kursus Latihan Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) Di Kolej Komuniti: Satu Sorotan. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 4(1), 1-12. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/9357