Katak dan pelacur politik

tragedi ngeri semasa Covid-19

Authors

  • Saiyid Radzuwan Syed Sopi Universiti Sains Malaysia

Keywords:

Covid-19, Pakatan Harapan, katak politik, pelacur politik dan rasuah politik

Abstract

Tahun 2020 merupakan tahun yang mencabar bagi Malaysia apabila berlakunya rampasan kuasa politik daripada Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN) dan penularan wabak Covid-19. Selanjutnya, Covid-19 merupakan wabak penyakit yang boleh membawa kematian manakala rampasan kuasa politik mampu melahirkan katak dan pelacur politik melalui rasuah politik. PN menyedari bahawa kerajaan yang mereka bina bukannya melalui kemenangan dalam pilihan raya dan oleh itu, mereka harus menyalurkan rasuah politik kepada rakan gabungannya untuk mengekalkan kestabilan kerajaan. Pembiakan katak politik dilihat semakin membimbangkan apabila Putrajaya berubah tangan daripada PH kepada PN dan senario ini menjelaskan bahawa ramai ahli politik PN menjadikan kuasa politik sebagai pemburuan utama. Mereka tidak begitu mempedulikan kes harian Covid-19 yang semakin hari semakin meningkat walaupun Agong memberikan nasihat kepada semua ahli parlimen agar jangan terlalu berpolitik semasa Covid-19. Keengganan PN menurut perintah Agong terbukti apabila Melaka harus mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan senario ini menjelaskan bahawa PN lebih mementingkan kuasa politik berbanding nyawa rakyat. Justeru, katak dan pelacur politik merupakan ancaman kepada kestabilan politik dan pembiakan mereka dilakukan secara sistematik melalui rasuah politik.     

Downloads

Published

03-01-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Syed Sopi, S. R. (2023). Katak dan pelacur politik: tragedi ngeri semasa Covid-19 . Advances in Humanities and Contemporary Studies, 3(2), 205-217. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/9347