Pengaruh Media Baru dan Penglibatan Politik Belia

Authors

  • Nursyahida Zulkifli FACULTY OF ADMINISTRATIVE SCIENCE & POLICY STUDIES, UiTM
  • Siti Khadijah Omar
  • Nor Farizah Johari
  • Muhammad Syafiq Hassan
  • Mohamad Rahimi Mohamad Rosman

Keywords:

Media Baru, Penglibatan Politik, Belia, Mahasiswa, Penggunaan Media Baru, Media Sosial

Abstract

Peranan teknologi telah mengubah kehidupan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda yang dikatakan begitu berdamping dengan teknologi iaitu internet. Media baru adalah salah satu medium yang berfungsi untuk mempengaruhi dan mendidik masyarakat yang mampu memberi impak kepada senario politik negara. Sejak pilihan raya ke 10 lagi di Malaysia, penggunaan internet dalam penglibatan politik sudah bermula. Belia dilihat sebagai pengguna internet yang paling ramai sekali berbanding golongan lain. Golongan ini cepat dalam menggunakan kemudahan internet kerana sifatnya yang pantas dalam mengakses kepada maklumat terkini. Berbeza dengan media tradisional seperti televisyen, radio dan surat khabar, media baharu dilihat sebagai satu medium mendapatkan maklumat yang amat pantas dan lambakan maklumat dilihat mampu mengubah corak pemikiran dan perlakuan belia. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan internet dan media baharu dan penglibatan politik secara online dalam kalangan belia. Kaedah persampelan rawak melibatkan 126 responden yang merupakan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berumur di antara 18 hingga 23 tahun. Dapatan kajian menunjukkan belia aktif dalam menggunakan media baru untuk tujuan berinteraksi antara satu sama lain dan juga belia aktif dalam penglibatan politik secara online. Walaubagaimanapun, kajian pada masa hadapan boleh meluaskan had umur belia dan juga lokaliti supaya dapat mempelbagaikan dapatan kajian yang boleh membantu pihak yang bertanggungjawab.

Downloads

Published

03-01-2022

Issue

Section

Articles

How to Cite

Nursyahida Zulkifli, Siti Khadijah Omar, Nor Farizah Johari, Muhammad Syafiq Hassan, & Mohamad Rahimi Mohamad Rosman. (2022). Pengaruh Media Baru dan Penglibatan Politik Belia. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 2(2), 63-77. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/5006