Pengaruh dan Impak Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Terhadap Isu Palestin di Malaysia

Authors

  • Nur Atika Binti Hairi Sakarya University
  • Norhafizah Ahmad

Keywords:

ABIM, Palestin, Israel, kezaliman, penderitaan, pembelaan, kemanusiaan

Abstract

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merupakan sebuah gerakan dakwah dan ditubuhkan secara sah pada tahun 1972. Sejak 1971 sehingga sekarang, ABIM sangat cakna akan isu antarabangsa khususnya isu Israel-Palestin. Artikel ini membincangkan pengaruh dan impak ABIM dalam memperjuangkan pembebasan Palestin (1971-2020). ABIM sentiasa menggesa kepada pihak yang bertangunggjawab untuk kemerdekaan Palestin dan kebebasan rakyatnya daripada cengkaman Israel. Walaupun pelbagai proses runding damai telah diadakan antara Israel dan Palestin di peringkat antarabangsa, namun penyelesaian yang konkrit belum dapat dicapai secara mutlak. Objektif yang ingin dicapai ialah menganalisis keterlibatan ABIM dalam usaha menyelesaikan konflik Israel-Palestin. Metodologi yang digunakan ialah penyelidikan sumber primer di Arkib Negara Malaysia dan Arkib ABIM. Selain itu, temubual bersama Presiden ABIM, saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz turut dilaksanakan. Hasil kajian mendapati ABIM sangat kosisten dan aktif dalam memperjuangkan isu ini. Ini telah membuktikan bahawa suara NGO mampu mempengaruhi dan memberi impak kepada ketetapan dan keputusan di peringkat negara mahupun antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kelantangan suara yang sentiasa dipamerkan oleh ABIM mampu memberi kesedaran kepada pemimpin dan rakyat Malaysia bahawasanya isu ini bukan hanya isu agama tetapi isu ini isu sejagat yang melibatkan nilai kemanusiaan. ABIM telah melakukan sidang media, menghantar memorandum, mengadakan demonstrasi, perhimpunan aman, kempen boikot barangan Amerika-Israel dan menubuhkan Tabung Bantuan Palestin dalam mengangkat isu ini. Makalah rasmi ABIM, ‘Risalah’, juga berperanan menyebarkan isu-isu semasa Palestin dengan menyiarkan artikel dari sumber yang asli mengenai Palestinian Liberation Organisation (PLO) dan perkembangan di Palestin terutama pada tahun 1970an. Ini kerana sumber pada ketika itu sangat terhad dan media Barat menyiarkan berita yang berat sebelah dan tidak benar.

Downloads

Published

22-11-2020

Issue

Section

Articles

How to Cite

Binti Hairi, N. A., & Ahmad, N. (2020). Pengaruh dan Impak Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Terhadap Isu Palestin di Malaysia. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 1(1), 1-18. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/460

Most read articles by the same author(s)