Potensi Nanoteknologi

Authors

  • Siti Amira Othman
  • Shahidan Radiman

Keywords:

Nano, Teknologi, Malaysia, Potensi

Abstract

Potensi bidang nanoteknologi sudah lama diperkatakan sejak dari dahulu lagi. Bidang- bidang seperti biopengesan telah berkembang pesat seiring dengan kepesatan  bidang nanoteknologi. Aplikasi saiz bahan bersaiz nano membolehkan sesuatu bahan itu mempunyai ciri- ciri seperti luas permukaan yang besar, kadar tindak balas yang sangat tinggi dan mudah menyerap ke sesuatu permukaan dengan mudah. Ini secara tidak langsung membuka peluang ke arah penyelidikan yang lebih mapan. Gabungan sampel biologi dengan bahan bersaiz nano yang bertindak sebagai pengesan membantu dalam meningkatkan ciri- ciri biopengesan. Ianya bukan sahaja digunakan dalam bidang industri malah dalam bidang perubatan. Tidak disangkal lagi, bidang nanoteknologi telah membuka peluang baru kepada bidang penyelidikan yang sedia ada dan yang akan berkembang pada masa akan datang. Cabaran dalam bidang nanoteknologi termasuklah memastikan saiz serta ciri- ciri bahan kekal dalam saiz nano ketika tindak balas berlaku. Ini adalah kerana kecenderungan beberapa sifat bahan yang mudah berubah struktur apabila bertindakbalas. Kajian demi kajian dilakukan bagi memastikan cabaran ini dapat ditangani dengan berkesan. Maka, kajian ini adalah berkisarkan pandangan dan ulasan tentang definisi nanozarah serta perkembangan nanoteknologi berdasarkan aplikasi dalam bidang yang sedia ada.

Downloads

Published

22-11-2020

Issue

Section

Articles

How to Cite

Othman, S. A. ., & Radiman, S. (2020). Potensi Nanoteknologi. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 1(1), 87-100. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/433