Keperluan Takwim Hijri Antarabangsa sebagai Simbol Penyatuan Umat Islam
Keywords:
Takwim hijri, halal, penyatuan ummah, sosialAbstract
Takwim Hijri merupakan asas penting dalam penentuan ibadah dan pembentukan identiti umat Islam sejak zaman awal ketamadunan Islam. Namun, kelompangan sistem takwim Hijri menyebabkan umat Islam sering bertelagah saban tahun. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi membentuk takwim Hijri antarabangsa. Namun, negara-negara Islam seluruh dunia masih lagi sukar untuk menerima satu kaedah tunggal kerana terdapat percanggahan pendapat mengenai pegangan mazhab serta penggunaan sains matematik. Kelompangan ini telah memperlihatkan ketidakselarasan umat Islam di seluruh dunia dan menenggelamkan fungsi takwim Hijri secara keseluruhan. Oleh yang demikian, kajian ini akan meneliti keperluan umat Islam terhadap penyatuan takwim Hijri. Bagi mencapai objektif yang dinyatakan, metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk analisis dokumen terhadap sumber kontemporari berkaitan takwim Islam, serta perbandingan amalan penentuan awal bulan di beberapa negara anggota MABIMS dan dunia Islam secara umum. Hasil kajian mendapati bahawa penyatuan Takwim Hijri Antarabangsa merupakan suatu keperluan mendesak, bukan sahaja bagi memastikan pelaksanaan ibadah yang seragam seperti puasa, hari raya dan haji, tetapi juga bagi menjamin kesinambungan sejarah Islam serta kelancaran aktiviti sosial umat. Kajian ini menegaskan bahawa Takwim Hijri Antarabangsa berperanan besar sebagai instrumen penyatuan ummah dan pengukuhan tamadun Islam pada era globalisasi.




