Potensi Akuakultur dalam Pembangunan Sosio Ekonomi Komuniti: Kajian Kes di Kuala Nerus

Authors

  • Muhammad Syakiriman Universiti Malaysia Terengganu Author
  • Norfatiha Othman Universiti Malaysia Terengganu Author

Keywords:

Akuakultur, Pembangunan Sosioekonomi, Pengusaha Tempatan, Latihan, Sokongan Kewangan, Amalan Lestari

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka potensi akuakultur dalam memperkukuh pembangunan sosioekonomi komuniti di Kuala Nerus, Terengganu. Kawasan ini memiliki sumber laut yang kaya dan biodiversiti marin yang berpotensi untuk dimanfaatkan dalam sektor akuakultur. Kajian ini memfokuskan kepada peluang dan cabaran yang dihadapi oleh komuniti setempat dalam mengadaptasi akuakultur sebagai satu bentuk aktiviti ekonomi. Pendekatan yang digunakan termasuk kajian kes, temu bual, dan pemerhatian lapangan untuk mendapatkan pandangan yang lebih mendalam mengenai keadaan sebenar di lapangan. Jangkaan hasil kajian mendapati bahawa walaupun akuakultur mampu meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan, terdapat isu utama perlu diatasi, antaranya adalah kekurangan teknologi moden, pengetahuan mengenai amalan lestari, serta cabaran iklim dan kekurangan sokongan kewangan. Oleh itu, diharapkan kajian ini mencadangkan pentingnya penyediaan latihan dan sokongan teknikal kepada pengusaha tempatan, serta peningkatan akses kepada modal bagi memastikan perkembangan akuakultur yang mampan dan memberi manfaat kepada komuniti pesisir. Penemuan kajian ini diharap akan dapat memberikan panduan untuk merancang dasar dan strategi yang lebih efektif dalam mengembangkan industri akuakultur di Kuala Nerus

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

04-12-2025

Issue

Section

Articles

How to Cite

Muhammad Syakiriman, & OTHMAN, N. (2025). Potensi Akuakultur dalam Pembangunan Sosio Ekonomi Komuniti: Kajian Kes di Kuala Nerus. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 6(2), 70-80. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/21328