Media Sosial: Agen Pembangunan atau Keruntuhan Etika Remaja?

Authors

  • Shahidah Hamzah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Nurul Aimi Razali Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Muhammad Helmy Sabtu Universiti Tun Hussien Onn Malaysia Author
  • Nazreena Mohammed Yasin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Ahmad Faris Naqiyuddin Mohd Ghazi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Media Sosial, Remaja, Etika, Pengaruh, Pembangunan Moral

Abstract

Kajian ini meneliti pengaruh media sosial terhadap perubahan etika dalam kalangan remaja di Malaysia, dengan tumpuan khusus kepada pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Kampus Cawangan Pagoh. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada perubahan etika, serta kesan positif dan negatif penggunaan media sosial terhadap pembentukan nilai moral remaja. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk deskriptif digunakan, melibatkan 210 responden yang dipilih secara rawak. Hasil kajian menunjukkan bahawa platform seperti TikTok, Instagram dan YouTube memberikan pengaruh besar terhadap cara pemikiran, tingkah laku serta gaya hidup remaja, terutamanya melalui kandungan hiburan dan trend viral. Walaupun media sosial menyumbang kepada peningkatan literasi digital dan kesedaran sosial, kajian mendapati kandungan yang tidak ditapis serta pengaruh rakan sebaya dan influencer menjadi antara penyumbang utama kepada kemerosotan etika. Oleh itu, pendidikan literasi digital dan pemantauan penggunaan media sosial amat penting bagi memastikan media sosial dapat dimanfaatkan sebagai agen pembangunan, bukan keruntuhan etika remaja.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

04-12-2025

Issue

Section

Articles

How to Cite

Hamzah, S., Razali, N. A. ., Sabtu, M. H. ., Mohammed Yasin, N. ., & Mohd Ghazi, A. F. N. . (2025). Media Sosial: Agen Pembangunan atau Keruntuhan Etika Remaja?. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 6(2), 25-34. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/20104