Pengurusan Jenazah Pesakit COVID-19 di Malaysia: Analisis dari Perspektif Fiqh Islam dan Amalan Perubatan

Authors

  • Faisal Husen Ismai Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Jasni Sulong Universiti Sains Malaysia Author
  • Khalilullah Amin Ahmad Universiti Sains Malaysia Translator
  • Arwansyah Kirin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Translator
  • Fitiah M Su`ud Universitas Muhammadiyah Yogyakarta Translator

Keywords:

COVID-19, pengurusan jenazah, fiqh Islam, fatwa, kesihatan awam, Malaysia

Abstract

Artikel ini membincangkan isu semasa berkaitan dengan pengurusan jenazah pesakit yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia. Wabak Coronavirus yang mula dikesan di Wuhan, China telah menular ke seluruh dunia, termasuk Malaysia, dan menjadi penyebab utama kepada peningkatan kadar kematian dalam kalangan pesakit yang dijangkiti. Pengurusan jenazah dalam konteks pandemik ini melibatkan gabungan aspek keagamaan dan perubatan, terutamanya dalam usaha mencegah penularan jangkitan virus yang berbahaya. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis secara mendalam isu-isu berkaitan prosedur pengurusan jenazah pesakit COVID-19 dengan meneliti pandangan fiqh Islam serta garis panduan perubatan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Pendekatan kajian yang digunakan adalah kajian kepustakaan (library research) dengan menggunakan kaedah kualitatif melalui analisis konsep dan perbandingan. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat keserasian antara panduan pengurusan jenazah COVID-19 yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan dengan prinsip-prinsip fiqh Islam. Keperluan syariah dan kesihatan dapat dipenuhi secara seimbang tanpa mengabaikan hak-hak si mati sebagai Muslim.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

04-12-2025

Issue

Section

Articles

How to Cite

HUSEN ISMAIL, F., & Sulong, J. . (2025). Pengurusan Jenazah Pesakit COVID-19 di Malaysia: Analisis dari Perspektif Fiqh Islam dan Amalan Perubatan (K. A. Ahmad, A. . kirin, & F. M Su``ud, Trans.). Advances in Humanities and Contemporary Studies, 6(2), 1-10. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/20039