Kesan dan Langkah dalam Memerangi Buruh Paksa
Keywords:
Buruh, Buruh Paksa, Kesan Memerangi Buruh paksaAbstract
Buruh paksa merupakan pencabulan hak asasi manusia yang serius yang mengganggu kestabilan sosial dan ekonomi di peringkat global. Usaha kolektif daripada semua pihak berkepentingan diperlukan untuk memerangi masalah ini dengan berkesan. Penulisan ini meneroka kesan pelbagai bentuk buruh paksa dari segi ekonomi, sosial, psikologi, dan undang-undang, serta menekankan tanggungjawab kolektif kerajaan, majikan, kesatuan sekerja, NGO, institusi pendidikan, dan orang awam dalam memerangi pencabulan hak asasi manusia. Melalui penelitian terperinci, Penulisan ini turut membincangkan kesan negatif pengamalan buruh paksa, termasuk gangguan pasaran, pengekalan kemiskinan, ketidakharmonian sosial, dan isu kesihatan mental dalam kalangan mangsa. Penulisan ini menyokong pendekatan komprehensif yang melibatkan perundangan yang teguh, strategi ekonomi dan sosial, tanggungjawab korporat, kempen kesedaran, dan kerjasama antarabangsa. Selain itu, penulisan ini juga menekankan kepentingan penglibatan awam, inovasi teknologi, dan pengamalan amalan terbaik dari negara-negara yang berjaya untuk menghapuskan kerja paksa, memastikan pekerja dilayan secara adil dan bermaruah.
Forced labor, a severe violation of human rights, disrupts social and economic stability globally, necessitating a collective effort from all stakeholders to combat it effectively. This paper explores the multifaceted impact of forced labor, examining its economic, social, psychological, and legal ramifications. It emphasizes the collective responsibility of governments, employers, trade unions, NGOs, educational institutions, and the general public in combating this violation of human rights, which undermines global social and economic stability. Through a detailed analysis, it highlights the adverse effects of forced labor, such as market disruption, perpetuation of poverty, social disharmony, and mental health issues among victims. The paper advocates for a comprehensive approach involving robust legislation, economic and social strategies, corporate responsibility, awareness campaigns, and international cooperation. It also underscores the importance of public engagement, technological innovations, and adopting best practices from successful countries to eradicate forced labor, ensuring that workers are treated fairly and with dignity.




