Instrumen Pelaksanaan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Melalui Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran Akidah Sekolah Rendah di Malaysia Berdasarkan Faktor Analisis (EFA)

Authors

  • Mohd Syaubari Othman UPSI

Keywords:

Instrumen, amalan pengajaran guru, analisis faktor

Abstract

Kajian  ini  bertujuan  untuk  mengenal  pasti  kebolehpercayaan  instrumen pelaksanaan amalan pengajaran guru melalui pengintergrasian KBAT di dalam pengajaran akidah dengan menggunakan  analisis  faktor. Instrumen pengintergrasian KBAT ini adalah melibatkan penghasilan soal selidik, protokol temu bual dan semakan pemerhatian yang telah diubahsuai oleh pengkaji. Instrumen ini  digunakan  untuk  menganalisis sampel yang terdiri daripada guru pendidikan Islam yang melaksanakan pengajaran akidah peringkat sekolah rendah di  Malaysia.  Bagi  mendapatkan  keboleh percayaan  yang  memuaskan,  pengkaji melakukan kesahan kandungan dan kesahan muka terhadap soal selidik, protokol temu bual dan semakan pemerhatian yang dibina, melaksanakan kajian rintis terhadap sejumlah peserta kajian, menentukan nilai keboleh percayaan alpha cronbach serta membuat  factor  analisis.  Walaubagaimanapun,  kajian  ini  hanya  memfokuskan  kepada penggunaan factor analisis sahaja. Dapatan kajian mendapati keputusan ujian Kaiser-meyer-olkin (kmo) dan bartlett  terhadap  semua  angkubah  adalah  signifikan  dengan  nilai  kmo  0.911  (p  = 0.000), yang   menunjukkan   nilai   0.90   ke   atas   adalah   mengkagumkan.   Keputusan   ini menunjukkan  bahawa  semua  angkubah  mempunyai  nilai  faktorabiliti  yang  mencukupi  dan analisis faktor boleh diteruskan

Downloads

Published

16-06-2021

Issue

Section

Articles

How to Cite

Othman, M. S. (2021). Instrumen Pelaksanaan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Melalui Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran Akidah Sekolah Rendah di Malaysia Berdasarkan Faktor Analisis (EFA). Advances in Humanities and Contemporary Studies, 2(1), 107-117. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/1764