Tahap Kesedaran Pelajar Terhadap Salah Laku Gangguan Seksual di Tempat Belajar
Keywords:
Salah laku, gangguan seksual, institusi pendidikanAbstract
Kes gangguan seksual di universiti adalah isu yang semakin membimbangkan. Hal ini kerana akan memberikan kesan yang negatif kepada para pelajar. Kelakuan ini juga boleh berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk fizikal, lisan, bukan lisan dan juga visual. Gangguan seperti ini boleh memberikan kesan yang serius kepada pemangsa misalnya seperti menghadapi tekanan, hilang keyakinan diri dan masalah kesihatan mental. Oleh hal yang demikian pihak universiti boleh mengambil mana-mana langkah proaktif untuk mencegah dan menangani gangguan seksual. Ini bukan sahaja untuk kesejahteraan para pelajar tetapi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesedaran pelajar terhadap salah laku gangguan seksual di tempat belajar di kalangan mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn, Pagoh. Populasi kajian ini terdiri daripada 120 individu. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Google Form telah digunakan sebagai kaedah pengumpulan data bagi kajian ini. Hasil kajian menunjukan bahwa 93.3% responden sedar bahawa kata-kata dan gurauan merupakan gangguan seksual di tempat belajar, 86.7% responden memberi pandangan keinginan seksual merupakan salah satu bentuk gangguan seksual dan 93.3% bersetuju bahawa semtuhan fizikal yang tidak diingin merupakan satu bentuk gangguan seksual. Kesimpulannya, kesedaran pelajar terhadap salah laku gangguan seksual di tempat belajar adalah sangat penting bagi mengawal dan mengurangkan kes gangguan seksual yang berlaku di tempat belajar yang semakin berleluasa untuk mencipta persekitaran pendidikan yang lebih selamat dan berkualiti.