Hubungan Kemasyarakatan antara Agama Menurut al-Quran dan Bible

Authors

  • Mirzatul Aqilah Mat Nor Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Yusri Mohamad Ramli

Keywords:

Prasangka, Hubungan kemasyaratan, Teks Agama

Abstract

Prasangka merupakan satu sifat yang perlu dielakkan apabila menjalinkan hubungan masyarakat sosial dengan masyarakat pelbagai agama. Terdapat juga sesetengah masyarakat  menganggap bahawa individu atau golongan yang berpegang kuat dengan agamanya mengundang bahaya kepada agama lain, walhal sebaliknya individu atau golongan yang berpegang kuat dengan agama dan mengamalkan amalan yang betul sebagaimana yang diajarkan dalam agama masing-masing merupakan orang yang menghormati agama orang lain dan juga akan membahagiakan orang sekitarnya. Pelbagai prasangsa yang tercetus akan sedikit sebanyak menghakis hubungan kemasyarakatan antara agama. Analisis kajian lepas  dilakukan untuk mengenal pasti hubungan kemasyarakatan antara agama menurut al-Quran, dan keduanya untuk mengenalpasti hubungan kemasyarakatan antara agama menurut teks Bible. Seterusnya kajian ini dilakukan bertujuan untuk menganalisis hubungan kemasyarakatan antara agama menurut teks al-Quran dan Bible. Dalam kajian ini digunakan kaedah kajian kualitatif dengan meneliti kajian lepas atau dikenali dengan kaedah pengumpulan data. Data-data dikumpulkan dan dianalisis dengan merujuk kepada sumber-sumber lepas berkaitan dengan hubungan kemasyarakatan antara agama. Hasil bagi kajian lepas dapat menjelaskan bahawa setiap agama mempunyai teks agama tersendiri malah kandungan didalam kitab tersebut turut tercatat hal-hal kemasyarakatan antara sesama agama mahupun berlainan agama. Oleh itu, nilai-nilai murni yang diajarkan oleh setiap agama sekiranya diamalkan akan membentuk individu dan masyarakat yang berkeperibadian mulia serta mewujudkan keharmonian dalam hidup masyarakat.

Downloads

Published

16-06-2021

Issue

Section

Articles

How to Cite

Mirzatul Aqilah Mat Nor, & Yusri Mohamad Ramli. (2021). Hubungan Kemasyarakatan antara Agama Menurut al-Quran dan Bible. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 2(1), 49-64. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/1719