Praktis Pelantikan Penolong Amil Institusi Pengajian Tinggi di Selangor
Keywords:
pelantikan penolong amil, institusi pengajian tinggi, prosedur pelantikan, asnaf pelajar, lembaga zakat SelangorAbstract
Pelantikan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sebagai penolong amil telah sekian lama dilaksanakan di negeri Selangor. Pelantikan ini merupakan satu bentuk desentralisasi pengurusan zakat kepada pihak IPT sekali gus dapat membantu dan menjaga kebajikan warga mereka dalam kalangan pelajar dan staf. Kajian ini membincangkan berkait praktis dan prosedur dalam pelantikan IPT sebagai penolong amil. Kajian ini menggunakan pendekatan penerokaan kualitatif. Pengumpulan data telah dijalankan dengan menggunakan metode temu bual separa struktur. Kemudian, data temu bual dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis tematik. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa syarat lantikan yang perlu dipenuhi sebelum pelantikan dilakukan. Selain itu, prosedur pelantikan serta peranan dan tanggungjawab penolong amil turut diperoleh dalam kajian ini. Bukan itu sahaja, kajian ini turut menyajikan bahagian pulangan yang diterima IPT untuk agihan zakat kepada asnaf.