Hubungan Amalan Kreativiti dan Komitmen Guru Pendidikan Seni Visual
Keywords:
Amalan Kreativiti, Komitmen guru, Pendidikan Seni VisualAbstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis hubungan antara amalan kreativiti dengan komitmen guru Pendidikan Seni Visual. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian secara tinjauan berdasarkan soal selidik. Ia melibatkan 190 orang guru sekolah kebangsaan dari 25 buah sekolah kebangsaan daerah Bintulu, Sarawak. Pemilihan sekolah serta responden telah dibuat dengan menggunakan persampelan secara rawak mudah, berstrata dan bersistematik. Data telah dianalisis dengan menggunakan ujian deskritif dan inferensi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa amalan kreativiti adalah pada tahap tinggi (min = 3.92) manakala komitmen guru Pendidikan Seni Visual juga adalah pada tahap tinggi (min = 3.80). Seterusnya kajian mendapati terdapat hubungan signifikan positif antara amalan kreativiti dengan komitmen guru Pendidikan Seni Visual mempunyai hubungan (r = 0.695**, p < 0.01). Secara kesimpulan, amalan kreativiti mempunyai hubungan signifikan dengan komitmen guru Pendidikan Seni Visual. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa adalah penting bagi guru-guru memberikan komitmen untuk meningkatkan amalan kreativiti dalam Pendidikan Seni Visual agar pembelajaran menjadi lebih bermakna.