Potensi Kecerdasan Buatan dalam Proses Kreatif Puisi Melayu

Authors

  • Daniel Arief Hafiz Shamsul Ariffin Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Malaysia
  • Rosnidar Ain Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Malaysia

Keywords:

Kesusasteraan, Kecerdasan Buatan, Alat Sokongan Kreativit, Puisi Melayu, Kreativiti

Abstract

Kemajuan dalam bidang teknologi telah banyak membawa perubahan dalam semua bidang, dan kesusasteraan juga tidak ketinggalan dalam menikmati kemajuan ini. Hadirnya kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) ini secara tidak langsung telah membawa cara baharu dalam proses kreatif kesusasteraan dan menjadi salah satu kaedah yang menjanjikan untuk menyokong kreativiti dalam sastera. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan alat sokongan kreativiti berasaskan kecerdasan buatan dalam kesusasteraan dan untuk memahami potensinya terhadap proses kreatif. Kajian ini dijalankan dengan analisis kualitatif puisi yang ditulis menggunakan alat sokongan kreativiti berasaskan kecerdasan buatan. Tinjauan ini dilakukan untuk mengumpul data berkaitan analisis kualitatif dengan meneliti bentuk dan binaan yang terdapat dalam puisi Melayu. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa alat sokongan kreativiti berasaskan kecerdasan buatan digunakan secara meluas dianggap berguna untuk menjana idea dan inspirasi baharu. Analisis kualitatif menunjukkan bahawa puisi Melayu yang ditulis menggunakan alat ini akan memaparkan gaya bahasa, pola, nada dan makna yang berbeza dan tidak bersifat konvensional. Hasil kajian ini mencadangkan bahawa alat sokongan kreativiti berasaskan kecerdasan buatan boleh menjadi cara yang berkesan untuk menyokong proses kreatif dalam kesusasteraan. Ia boleh membantu pengarang menjana idea baharu, mengatasi masalah sekatan penulisan dan mencipta karya yang unik dan menarik. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diperhatikan dan mempertimbangkan bahawa alat ini harus digunakan bersama-sama dengan kreativiti dan pengetahuan manusia, kerana ia tidak mampu menggantikan kreativiti manusia sepenuhnya.

Downloads

Published

28-12-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Daniel Arief Hafiz Shamsul Ariffin, & Rosnidar Ain. (2023). Potensi Kecerdasan Buatan dalam Proses Kreatif Puisi Melayu. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 4(2), 190-197. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/13460