Gangguan Seksual: Kepentingan Kesedaran Mengenai Gangguan Seksual Dalam Kalangan Pelajar

Authors

  • Shahidah Hamzah
  • Daeyrell Walsh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

GANGGUAN SEKSUAL, KEPENTINGAN, KESEDARAN, PELAJAR

Abstract

Gangguan seksual merupakan perlakuan berbaur seks yang dilakukan terhadap individu lain sama ada berbentuk lisan, gurauan, bahasa, kritikan-kritikan fizikal atau emosi. Gangguan seksual ini boleh menyebabkan keharmonian diri mangsa tergugat dan meletakkan mangsa dalam keadaan yang tidak selesa ataupun takut. Kes gangguan seksual semakin berleluasa kerana telah menembusi sekolah dan pusat pengajian tinggi yang selama ini dianggap pusat untuk menimba ilmu. Hal ini sangat merisaukan semua pihak terutamanya ibu bapa kerana anak diibaratkan harta karun yang bakal membawa kemajuan untuk keluarga. Metodoloji kajian menggunakan kaedah pembacaan melalui journal, buku dan artikal. Objektif kajian adalah untuk meneroka sejauh mana kesedaran mengenai gangguan seksual dapat membantu pelajar. Selain itu, pelajar juga bakal didedah dengan bentuk-bentuk gangguan seksual, Tindakan-tindakan yang boleh dilakukan oleh pelajar terhadap gangguan seksual dan kesan-kesan negative gangguan seksual yang bakal menimpa pelajar. Kajian ini diharapkan dapat membantu pelajar untuk menggelakkan diri daripada menjadi mangsa gangguan seksual. Secara tidak langsung, kajian ini juga dapat mengurangkan kes gangguan seksual dalam kalangan pelajar.

Downloads

Published

20-06-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Hamzah, S., & Daeyrell Walsh. (2023). Gangguan Seksual: Kepentingan Kesedaran Mengenai Gangguan Seksual Dalam Kalangan Pelajar. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 4(1), 240-246. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/11767

Most read articles by the same author(s)