Cabaran Kepimpinan Dalam TVET
Leadership Challenge in TVET
Keywords:
Kepimpinan TVET, Cabaran Kepimpinan, Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Pengurusan PendidikanAbstract
Malay:
Artikel ini membincangkan cabaran kepimpinan dalam institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia. Dalam era perubahan teknologi dan kehendak industri yang pesat, kepimpinan merupakan faktor utama yang mempengaruhi keberkesanan pengurusan institusi TVET, termasuk pencapaian pelajar, hubungan dengan industri, dan kualiti latihan yang ditawarkan. Kajian ini memberi tumpuan kepada pelbagai dimensi cabaran kepimpinan seperti kekurangan sumber manusia dan kewangan, kelemahan dalam kepimpinan transformasional, ketidakselarasan kurikulum dengan kehendak industri, serta kekangan dalam membentuk jaringan kerjasama strategik. Melalui sorotan literatur sistematik, sebanyak 30 artikel jurnal dianalisis untuk mengenal pasti corak, isu kritikal, dan pendekatan penyelesaian yang dicadangkan. Hasil kajian menunjukkan cabaran kepimpinan yang tidak ditangani secara strategik boleh menjejaskan keupayaan institusi TVET melahirkan graduan kompeten dan bersedia menghadapi dunia pekerjaan. Amalan kepimpinan yang responsif, berorientasikan industri, serta didukung dasar stabil dan sokongan pentadbiran kukuh mampu mempertingkatkan kecekapan organisasi. Namun, jurang dalam pelaksanaan dasar, kekurangan latihan kepimpinan, dan ketidakupayaan berinovasi dalam mengurus perubahan masih wujud. Artikel ini memberikan implikasi penting kepada pembuat dasar, pentadbir institusi, dan pihak berkepentingan untuk memperkukuh sistem kepimpinan TVET. Kajian ini bukan sahaja memperluas pemahaman isu kepimpinan dalam TVET tetapi juga menggariskan cadangan praktikal untuk memperkasa institusi agar memenuhi keperluan tenaga kerja masa hadapan. Sorotan ini diharap menjadi panduan berguna bagi penyelidik dan penggubal dasar dalam usaha meningkatkan keberkesanan kepimpinan pendidikan teknikal di Malaysia.
English:
This article discusses leadership challenges in Technical and Vocational Education and Training (TVET) institutions in Malaysia. In an era of rapid technological change and evolving industry demands, leadership plays a crucial role in the effectiveness of TVET management, including student outcomes, industry relations, and training quality. The study focuses on various leadership challenges such as shortages of human and financial resources, weaknesses in transformational leadership, misalignment of curriculum with industry needs, and difficulties in establishing strategic partnerships. Through a systematic literature review, 30 journal articles were analyzed to identify key patterns, critical issues, and proposed solutions. Findings indicate that unresolved leadership challenges can hinder TVET institutions’ ability to produce competent graduates ready for the workforce. Responsive leadership practices oriented toward industry, supported by stable policies and strong administrative backing, can enhance organizational efficiency. However, gaps remain in policy implementation, leadership training, and innovation in managing change. This article offers important implications for policymakers, institutional administrators, and stakeholders to strengthen TVET leadership systems. It not only expands understanding of leadership issues in TVET but also provides practical recommendations to empower institutions to meet future workforce demands. The review aims to serve as a valuable guide for researchers and policymakers striving to improve technical education leadership in Malaysia.








