Kesediaan Institusi TVET Ke Arah Penggunaan Teknologi Kecerdasan Buatan
TVET Institutions' Readiness towards the Use of Artificial Intelligence Technology in the Digital Era
Keywords:
Kecerdasan buatan, TVET, Model kesediaan AIAbstract
Malay:
Artikel ini membincangkan perkembangan dan pengintegrasian Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI) dalam pendidikan, khususnya Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). AI telah berkembang sejak 1956 daripada aplikasi awal seperti perisian permainan dan sistem terjemahan mesin kepada teknologi moden seperti pembelajaran mesin, pengenalan imej, pemprosesan bahasa semula jadi, dan sistem bimbingan pintar. Dalam pendidikan, AI berpotensi meningkatkan kecekapan pengajaran, pembelajaran, pentadbiran, pembangunan kurikulum, bimbingan kerjaya, serta latihan praktikal melalui simulasi dan realiti maya.
English:
This article discusses the development and integration of Artificial Intelligence (AI) in Technical and Vocational Education and Training (TVET), particularly in education. AI has evolved significantly since 1956, progressing from early applications such as gaming software and machine translation systems to modern technologies like machine learning, image recognition, natural language processing, and intelligent guidance systems. In education, AI has the potential to enhance the efficiency of teaching, learning, administration, curriculum development, career guidance, and practical training through the use of simulation and virtual reality.








