Impak Kepimpinan Terhadap Keberkesanan TVET

Impact of Leadership on TVET Effectiveness

Authors

  • Muhammad Safwan Arif Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Mohd Bekri Rahim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Arasinah Kamis Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Cabaran Kepimpinan, kepimpinan, TVET, impak kepimpinan

Abstract

Malay:

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji impak kepimpinan terhadap keberkesanan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Kepimpinan yang berkesan di dalam institusi TVET memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi pelajar, penglibatan guru, dan kualiti penyampaian pendidikan. Kajian ini meneliti pelbagai pendekatan kepimpinan, termasuk kepimpinan transformasional, inovatif dan adaptif, serta bagaimana ia mempengaruhi suasana pembelajaran, motivasi pelajar dan guru, serta keberkesanan keseluruhan organisasi. Selain itu, kajian ini menekankan keperluan bagi pemimpin TVET untuk melengkapkan diri dengan kemahiran kepimpinan yang relevan dan mendalam, serta pentingnya program latihan kepimpinan berterusan untuk memastikan penyesuaian dengan perubahan teknologi dan keperluan industri kini. Dapatan kajian daripada 20 jurnal menunjukkan bahawa kepimpinan yang menyokong kolaborasi, kreativiti, dan pengembangan profesional dapat meningkatkan kualiti pendidikan TVET, seterusnya menghasilkan graduan yang berkemahiran tinggi dan memenuhi keperluan pasaran pekerjaan. Oleh itu, pembangunan kepimpinan yang berterusan adalah kritikal dalam mencapai kejayaan jangka panjang institusi TVET dan menyumbang kepada kemajuan ekonomi serta sosial negara.

English:

This study aims to examine the impact of leadership on the effectiveness of Technical and Vocational Education and Training (TVET). Effective leadership in TVET institutions plays a crucial role in improving student performance, teacher engagement, and the quality of educational delivery. This study explores various leadership approaches, including transformational, innovative, and adaptive leadership, and how they influence the learning environment, student and teacher motivation, as well as the overall effectiveness of the organization. Furthermore, the study emphasizes the need for TVET leaders to equip themselves with relevant and in-depth leadership skills, as well as the importance of continuous leadership training programs to ensure adaptation to technological changes and current industry demands. Findings from 20 journals indicate that leadership that supports collaboration, creativity, and professional development can enhance the quality of TVET education, ultimately producing skilled graduates who meet the needs of the job market. Therefore, continuous leadership development is critical in achieving the long-term success of TVET institutions and contributing to the economic and social progress of the country.

Downloads

Published

30-06-2025

Issue

Section

Articles

How to Cite

Muhammad Safwan Arif, Rahim, M. B., & Arasinah Kamis. (2025). Impak Kepimpinan Terhadap Keberkesanan TVET: Impact of Leadership on TVET Effectiveness. Journal of TVET and Technology Review, 3(1), 69-79. https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/jttr/article/view/21698