Peranan Kepimpinan Terhadap Peningkatan Kemahiran Generik dalam TVET untuk Kebolehpasaran Graduan

The Role of Leadership in Enhancing Generic Skills in TVET for Graduate Employability

Authors

  • Mohd Aiiman Farmadii Mohd Sarofil Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Marina Ibrahim Mukhtar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

TVET, kepimpinan, kemahiran insaniah, kemahiran generik, kebolehpasaran graduan

Abstract

Malay:

Kepimpinan merupakan elemen penting dalam pembangunan kemahiran insaniah atau generik, terutamanya dalam konteks Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Kemahiran seperti komunikasi, penyelesaian masalah, kerja berpasukan, kepimpinan serta professionalisme adalah kritikal untuk memastikan pelajar TVET mampu memenuhi keperluan pasaran kerja yang dinamik. Walaupun kemahiran kepimpinan dianggap sebagai salah satu daripada 5 asas kemahiran generik, kemahiran ini mempunyai pengaruh besar dalam membentuk kemahiran generik lain. Sehubungan dengan itu, objektif utama kajian ini adalah untuk meneroka kajian teori berkaitan peranan kepimpinan terhadap peningkatan kemahiran generik dalam TVET untuk kebolehpasaran graduan. Kajian ini menggunakan kaedah Systematic Literature Review (SLR) untuk meneroka kaitan antara amalan kepimpinan dan peningkatan kemahiran generik dalam kalangan pelajar TVET untuk kebolehpasaran graduan. Proses kajian melibatkan pencarian literatur daripada pangkalan data utama seperti Scopus, Web of Science, Research Gate dan lain-lain, dengan menggunakan kata kunci berkaitan. Daripada kajian literature 21 artikel telah dipilih, hasil analisis menunjukkan bahawa sifat kepimpinan memberi kesan positif dalam membina kemahiran insaniah dan generik pelajar, terutamanya dalam bidang TVET. Hasil kajian ini juga memberikan panduan kepada pemimpin institusi TVET, pembuat dasar, dan penyelidik untuk membangunkan strategi yang lebih terarah dalam meningkatkan kemahiran generik pelajar yang mampu meningkatkan kebolehpasaran graduan, melalui pendekatan kepimpinan yang strategik.

English:

Leadership is a critical element in the development of soft or generic skills, particularly in the context of Technical and Vocational Education and Training (TVET). Skills such as communication, problem-solving, teamwork, leadership, and professionalism are essential to ensure TVET students meet the dynamic demands of the job market. Although leadership is considered one of the five core generic skills, it has a significant influence on shaping other generic skills. In this regard, the primary objective of this study is to explore theoretical studies on the role of leadership in enhancing generic skills within TVET for graduate employability. This study adopts the Systematic Literature Review (SLR) method to investigate the relationship between leadership practices and the improvement of soft skills among TVET students, focusing on graduate employability. The research process involved reviewing literature from major databases such as Scopus, Web of Science, ResearchGate, and others, using relevant keywords. From the literature review, 21 articles were selected. The findings indicate that leadership traits positively impact the development of students’ soft and generic skills, particularly within the TVET domain. This study provides valuable insights for TVET institutional leaders, policymakers, and researchers to develop more targeted strategies for enhancing students’ generic skills, thereby improving graduate employability through strategic leadership approaches.

Downloads

Published

30-06-2025

Issue

Section

Articles

How to Cite

Mohd Aiiman Farmadii Mohd Sarofil, & Marina Ibrahim Mukhtar. (2025). Peranan Kepimpinan Terhadap Peningkatan Kemahiran Generik dalam TVET untuk Kebolehpasaran Graduan : The Role of Leadership in Enhancing Generic Skills in TVET for Graduate Employability. Journal of TVET and Technology Review, 3(1), 59-68. https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/jttr/article/view/21697