Isu dan Cabaran Kepimpinan dalam Mentadbir Urus Institusi PLTV
Leadership Issues and Challenges in Administering TVET Institutions
Keywords:
Isu dan cabaran, kepimpinan, pengurusan, institusi teknikal dan vokasionalAbstract
Malay:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti isu dan cabaran kepimpinan dalam mentadbir urus institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV) di Malaysia. Melalui pendekatan Systematic Literature Review (SLR), sebanyak 36 artikel berkaitan telah dikenalpasti, di mana 34 artikel telah disaring dan 20 artikel terpilih untuk analisis lanjut. Dapatan menunjukkan bahawa struktur kepimpinan dan pengurusan dalam institusi PLTV sering kali dianggap lemah dan tidak berkesan, dengan cabaran utama termasuk kekurangan pengetahuan dan kemahiran kepimpinan, komunikasi yang lemah, serta beban kerja yang tinggi. Penelitian ini menekankan perlunya langkah perubahan yang strategik untuk meningkatkan keberkesanan kepimpinan dalam institusi PLTV, agar dapat menyokong perkembangan sistem pendidikan teknikal dan vokasional yang lebih baik. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan panduan untuk penambahbaikan dalam pengurusan dan kepimpinan institusi PLTV di masa hadapan.
English:
This study aims to identify leadership issues and challenges in the governance of Technical and Vocational Education and Training (TVET) institutions in Malaysia. Through a Systematic Literature Review (SLR) approach, a total of 36 relevant articles were identified, of which 34 articles were screened and 20 articles were selected for further analysis. Findings indicate that the leadership and management structures in TVET institutions are often considered weak and ineffective, with key challenges including lack of knowledge and leadership skills, poor communication, and high workload. This study emphasizes the need for strategic change measures to improve the effectiveness of leadership in TVET institutions, in order to support the development of a better technical and vocational education system. The results of this study are expected to provide guidance for improvements in the management and leadership of TVET institutions in the future.








