Integrasi Teknologi dalam TVET: Pengurusan dan Cabaran Pelaksanaan
Technology Integration in TVET: Management and Implementation Challenges
Keywords:
Kepimpinan dan pengurusan, integrasi teknologi, TVET , Leadership and management, technology integration, TVETAbstract
Malay :
Artikel membincangkan peranan teknologi dalam mengubah landskap pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) di era Industri 4.0. Kajian ini meneliti bagaimana teknologi, terutamanya alat digital seperti Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) dan alat ICT, telah meningkatkan kualiti pengajaran, pembelajaran, dan pengurusan dalam institusi TVET. Fokus utama adalah pada peranan kepimpinan dan pengurusan dalam menggerakkan integrasi teknologi ini untuk memastikan pendidikan yang relevan dengan keperluan industri moden. Selain itu, kajian ini juga mengkaji cabaran yang dihadapi dalam pengimplementasian teknologi, termasuk jurang digital dan penolakan terhadap perubahan, serta strategi untuk mengatasi halangan tersebut. Melalui analisis literatur yang melibatkan pelbagai kajian dan artikel, kajian ini menggariskan pentingnya perancangan yang menyeluruh, latihan berterusan untuk pengajar, dan penglibatan semua pihak berkepentingan dalam memastikan kejayaan transformasi digital dalam TVET. Kesimpulannya, kajian ini menekankan bahawa pengurusan yang berkesan dan kepimpinan yang inovatif adalah kunci untuk mempercepatkan penggunaan teknologi dalam TVET, seterusnya meningkatkan kualiti pendidikan dan memperkasakan tenaga kerja digital.
English :
This article explores the role of technology in reshaping the landscape of Technical and Vocational Education and Training (TVET) in the era of Industry 4.0. It examines how digital technologies, particularly Learning Management Systems (LMS) and Information and Communication Technology (ICT) tools, have enhanced the quality of teaching, learning, and institutional management in TVET. Attention is given to the role of leadership and management in driving technology integration and ensuring that TVET remains responsive to the evolving needs of modern industries. The article also examines key challenges associated with technology implementation, including the digital divide and resistance to change, as well as strategies for addressing these barriers. Through an analysis of relevant literature and previous studies, the findings highlight the importance of comprehensive strategic planning, continuous professional development for educators, and active stakeholder engagement in ensuring the success of digital transformation in TVET. The article concludes that effective management and innovative leadership are critical to accelerating strategic technology integration, enhancing the quality of TVET, and preparing a digitally competent workforce for the future.








